Saturday 9 February 2013

5 TANDA UNTUK MENGAKHIRI PERHUBUNGAN


Mengambil keputusan untuk mengakhiri sebuah perhubungan adalah sangat sulit bagi pihak yang terlibat. Kadang-kala ia boleh menjadi lebih sukar berbanding mengatasi keadaan selepas berpisah. Sekurang-kurangnya, setelah mengakhiri sebuah perhubungan, keputusan telah dibuat dan tindakan seterusnya boleh dirancang. Jadi, bagaimana anda ingin memastikan samada untuk teruskan perhubungan anda atau mengakhirinya.

Berikut adalah petanda bahawa anda harus mengakhiri hubungan anda:

1. Kali terakhir anda gembira ialah sebulan lalu.

Kegembiraan adalah kunci kepada masa depan hubungan anda. Jika anda tidak gembira lagi, ini bermakna masa untuk melepaskannya pergi telah tiba. Lebih penting lagi, kegembiraan tidak datang dari orang lain, ia datang dari diri anda sendiri. Setiap insan berhak untuk merasakan kegembiraan. Kini tiba masanya untuk melakukan perubahan.

2. Mata dan minda anda berpaling pada yang lain.
Sudah tentu setiap individu lebih mengambil perhatian terhadap sesuatu yang menarik. Ia adalah perkara yang biasa. Walaubagaimanapun , apabila anda mula tertarik dengan seseorang ataupun berfikir mengenai seseorang lebih daripada kebiasannya, ia mungkin salah satu cara anda secara mentalnya untuk melepaskan diri daripada situasi anda sekarang. Jika perkara ini berterusan, anda perlu mengakhiri hubungan anda sekarang sebelum memulakan hubungan baru dengan orang lain.
 
3. Anda berdua mempunyai matlamat masa depan yang berbeza.

Sesetengah perhubungan tidak berakhir kerana cinta yang telah hilang. Kadang-kala, ia berpunca daripada perbezaan matlamat hidup. Samada keinginan untuk memulakan keluarga, matlamat kerja dan sebagainya. Whether this is to do with wanting to start a family, or work goals or where to live, this can be very common in relationships. Kuncinya ialah teguhkan pendirian anda. Sebagaimana anda cintakan seseorang, anda perlu lakukan yang terbaik untuk diri anda. Adalah lebih baik untuk anda berfikiran realistik.

4. Anda kelihatan lebih seperti rakan berbanding pasangan.

Ini adalah perkara yang sukar untuk dikenal pasti. Akan tetapi, perhubungan boleh berubah mengikut masa. Jika menjadi teman adalah lebih baik, jangan khuatir untuk menjadi teman.
 
5. Hubungan menjadi berat sebelah

Sebuah perhubungan sewajarnya saksama dan tidak kiralah bagaimana baik untuk memberi dan berasa diperlukan, hubungan itu perlu seimbang. Setiap pasangan perlu memberi dan menerima sebagaimana yang diperlukan dalam perhubungan.

Hakikatnya ialah perhubungan itu adalah sukar tetapi penuh dengan kasih sayang, hormat, ambil berat, saling mendukung dan kebahagiaan. Jika anda tidak lagi merasakan kegembiraan, adalah lebih baik untuk anda mencari fokus lain dalam hidup anda. Ingat, walaupun anda tidak berhasil menjadi pasangan, ini tidak bermakna bahawa anda harus kehilangannya dalam hidup anda.

Anda masih boleh menyelamatkan hubungan anda tapi kadang-kala, apa yang anda perlu selamatkan ialah persahabatan.



2 comments: