Tuesday 1 January 2013

Resolusi



2013 kini menjenguk kita dengan membawa harapan baru dan sinar kegembiraan, meninggalkan 2012 dibelakang bersama 1001 kisah suka mahupun duka, tidak kurang juga peristiwa-peristiwa yang menjadi teladan, ikhtibar untuk hari esok dan hari-hari mendatang, meninggalkan diri kita yang dulu bersama dengan fikiran kebudak-budakan, seterusnya menyiapkan kita menjadi lebih matang dan dewasa. 

Setiap kali menjelang tahun baru, azam pun baru. Bagaimana dengan azam yang lalu? Tercapai? Jika tidak, cuba fikir dimana silapnya anda sehingga azam tersebut tidak terlaksana.

Susun semula strategi anda dengan baik dan teratur dalam mengapai misi anda. Cuba disiplinkan diri dan bertindak tegas dalam matlamat anda kerana masa bergerak tanpa menunggu sesiapa pun.


"Yang paling jauh itu adalah masa lalu"
Imam Ghazali

Jika azam tahun lalu tidak tercapai, cuba 'forwardkan' azam anda dan 'add' ke dalam senarai list azam 2013.

Semoga anda dapat mengapai impian anda.