Sunday 14 August 2011

MAKANAN YANG BAIK UNTUK OTAK, menajamkan fikiran.



Tidak semua manusia dikurniakan dengan intuisi, iaitu kebijaksanaan semulajadi. Akan tetapi, tahukah anda bahawa makanan mampu mempertingkatkan kebijaksanaan otak dengan meningkatkan keupayaan anda untuk mengingat?


   Berikut merupakan makanan yang dapat meningkatkan daya ingatan: 


1. Cokelat
- Selain dapat memberikan perasaan yang baik kepada anda, cokelat mampu meningkatkan aliran darah ke otak. Antioksida utama di temui terdapat dalam koko, dikenali sebagai flavonols mampu melancarkan peredaran darah ke otak. Flavonols di temui dalam kuantiti yang banyak dalam cokelat hitam.


2. Ikan
- Ikan kaya dengan omega-3. Mengambil satu hidangan ikan sekali dalam seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer. Omega -3 akan menutupi neurons dengan lemak-lemak yang baik, membolehkan neurons bergerak dengan baik.
- Omega-3 juga membekalkan oksigen kepada otak. 
- Ikan yang baik untuk kesihatan otak ialah salmon dan tuna.


3. Bijirin
          - Kandungan folate dalam bijirin sangat tinggi sama seperti oat, barley dan lain-lain. Makanan-makanan ini berupaya untuk meningkatkan peredaran darah ke otak. Ini bermakna, otak dapat berfungsi dengan lebih baik. Bijirin juga mengandungi banyak vitamin B6 yang kaya dengan thiamine. Thiamine sangat baik dalam meningkatkan memori. Jadi, bijirin sangat baik terutamanya kepada mereka yang menghampiri usia 60 atau 70.


4. Teh
- Teh kaya dengan catechins. Terasa penat, terlalu malas dan hilang fokus untuk berfikir? Ini mungkin disebabkan anda kekurangan catechins.Catechins memastikan minda anda tajam, sejar dan berfungsi dengan baik. Bukan itu sahaja, ia juga menenangkan dan mampu melawan keletihan mental. 


5. Kopi
- Kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi.


6. Telur
- Tahukah anda bahawa apabila meningkat tua, otak akan mengecut. Walaubagaimanapun, proses pengecutan ini boleh dicegah dengan memakan telur. Ini kerana telur mengandungi vitamin B12 yang dapat melawan pengecutan otak sebagaimana yang berlaku kepada pesakit Alzheimer.
- Kuning telur tingggi kolestrol juga tinggi kandungan choline sangat penting dalam membina sel-sel otak.Choline juga mampu meningkatkan memori anda. Mengambil 1-2 biji telur sehari baok untuk otak anda.


7. Kari
- Kari kaya dengan antioksida yang membantu melawan penuaan otak dan mengekalkan fungsi kognitif apabila anda tua. Antioksida ini juga melawan kerosakan radikal bebas yang berlaku di dalam badan dan otak anda.
- Tidak hanya baik untuk otak, kari juga baik untuk pesakit diabetes dan penyakit jantung.
- Terlalu pedas? Anda tidak perlu mengambilnya setiap hari. Sedikit kuantiti sekali sebulan sudah memadai untuk otak yang sihat dan cergas.


8. Kekacang
- Semua kekacang kaya dengan Omega-3 dan Omega-6 fatty acids, folate, vitamin E, dan vitamin B6. Semua nutrisi ini membolehkan anda berfikir dengan jelas dan positif kerana Omega-3 dan Omega-6 fatty acids berfungsi sebagai antidepressants semulajadi.
- Bijian dan kekacang juga mengandungi thiamine dan magnesium yang baik untuk memori, fungsi kognitif dan membekalkan khasiat kepada otak anda.


9. Tiram
- Tiram kaya dengan zink dan besi. Ia dapat menajamkan minda anda dan meningkatkan keupayaan anda untuk mengimbas semula maklumat dengan mudah. Kekurangan zink dan besi mengakibatkan hilang tumpuan dan mengakibatkan kesakitan pada badan.  


10. Sayur- Sayuran berdaun hijau
- Sayur-sayuran seperti bayam, kubis dan lain-lain membantu anda mengingati maklumat-maklumat lama seperti anda mempelajarinya semalam. 


11. Ginkgo Biloba 
Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingatan sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Menurut George Lewith, ginkgo boleh memperbaiki sirkulasi darah ke otak dengan membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen. 


12. Minyak Ikan
Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yang merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan. 


13. Rosemary Dan Sage
Minyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental. 


14. Vitamin B
Vitamin B berfungsi mengirimkan oksigen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan. Niacin atau B3 sangat baik untuk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yang diperlukan untuk daya ingatan.
  


15. Kacang Soya
Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori.

No comments:

Post a Comment