Saturday 7 May 2011

Cinta Teragung

I LOVE YOU... あなたを愛して....  أحبك...
Bila bercerita tentang cinta, 1001 kisah di perdengarkan. Terlalu banyak kisah tersirat disebalik kalimah sesingkat ini samada suka mahupun duka. Setiap individu pula mempunyai definisi tersendiri mengenai cinta. Dalam erti kata lain,pengertian tentang cinta adalah sangat luas. Cinta kepada tuhan, cinta kepada ibu bapa, cinta pada kerjaya, cinta akan alam mahupun cinta pada pasangan.


Tidak dapat di nafikan, setiap kehidupan pasti akan merasakan kehadiran cinta dalam kehidupan. Tanpa kehadiran cinta, kehidupan ibarat jasad tanpa nyawa. Hidup menjadi terumbang ambing tanpa hala dan tujuan seta matlamat. Namun, setinggi manakah anda meletakkan nilai cinta tersebut? Umpama penggubah bunga, jika si penggubah menggubah dengan cantik, maka,hasil gubahan bunga tersebut juga cantik. Akan tetapi, jika buruk gubahannya, buruklah juga hasilnya. Begitu juga dengan cinta, jika di definisikan dengan indah dan diletakkan nilai tertinggi dlm cinta seseorang, pasti cinta yang suci akan terjalin dan begitu juga sebaliknya..

Cinta kepada pencipta, cinta yang tidak pernah terpisah dari jasad seseorang yang mempercayai kewujudan pencipta. Apabila kita telah mencintai Allah, hakikatnya...,kita telah memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta bahkan kematian. 


Mengapa kita perlu mencintai Allah?

-Allah mencintai kita lebih daripada sesiapa yang pernah, sedang dan akan mencintai kita 
-Allah itu maha indah. Indah pada sifat, nama dan perbuatan.


 

Friday 6 May 2011

4 happier life: Wanita, dirimu begitu berharga

4 happier life: Wanita, dirimu begitu berharga: "Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya , kecantikkannya dan agamanya . Maka pilihlah dalam hal keagamaa..."