Saturday 30 July 2011

KHASIAT BUAH DAN SAYUR MENGIKUT WARNA




Tahukah anda bahawa semakin pekat warna sayur atau buah,semakin tinggi kandungan nutrisi yang terdapat di dalamnya?

Ingin tahu warna-warna yang baik untuk kesihatan anda? Berikut adalah beberapa warna sayur-sayuran dan buah-buahan beserta khasiatnya:

1. Merah

- warna ini menandakan makanan tersebut mengandungi likopen, iaitu zat yang berperanan untuk memelihara kesihatan sel serta mampu mengurangkan risiko kanser.
- Pelbagai vitamin seperti vitamin A dan C yang dapat mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga gusi dan meningkatkan imunisasi tubuh
- Contoh: Tomato, tembikai dll.

2. Jingga

- Menandakan buah dan sayur mengandungi alfa dan beta karoten.
- Jika diambil secukupnya mampu mengelakkan pertumbuhan sel kanser.
- Contoh: Lobak merah, mangga dll.

3. Kuning

- Mengandungi vitamin c yang baik untuk melindungi sel tubuh.
- Mengandungi beta cryptoxanthin dimana ia dapat mengimbangkan tekanan darah.
- Mengandungi enzim yang melancarkan proses pencernaan.
- Contoh : Betik.

4. Hijau

- Warna hijau menandakan kandungan Sulforaphane, isothiocyanate dan indoles yang meransang hati untuk meghurai unsur kimia penyebab kanser.
- Kandungan asid folik mampu membentuk sel baru dalam tubuh yang mampu melawan kanser terutamanya kanser payudara dan meningkatkan sistem imunisasi.
- Brokoli yang kaya dengan chromium mampu mengatur insulin dan gula dalam darah serta mampu mencegah penyakit jantung dan osteoporosis
- Contoh : Brokoli, Kubis,sawi dll.

5. Putih kehijauan

- Mengandungi flavonoid yang dapat melindungi sel membran.
- Kandungan Alicin dan selenium dalam bawang dapat membunuh parasit, bakteria dan virus.
- Pengambilan bawang putih secara teratur dapat menghalang arteri daripada tersumbat, meningkatkan sistem immunisasi tubuh serta mengawal tekanan darah.
- Mengurangkan kadar kolestrol serta mengandungi zat anti kanser.
- Membantu menyembuhkan radang otak, sakit pada sendi serta berupaya menambah tenaga.
- Contoh : bawang putih, bawang bombai, seleri dan buah pir.


Tuesday 26 July 2011

7 TANDA WANITA MENYUKAI ANDA






1. Menghadiahkan anda sesuatu

- jadi,jika ada wanita yang telah mula memberikan anda sesuatu sedangkan anda tidak ada sebarang ikatan dengannya sebelum ini, itu tandanya dia mula menyukai anda.

2. Dia bercerita kisah peribadinya.

3. Lirikan mata

4. Dia memuji anda.

5. Belikan anda minuman.


6. Dia membiarkan anda menyentuhnya.

- jika anda melihat wanita rela tatkala anda menyentuh tangannya, seperti melintas jalan dan sebagainya, itu tandanya dia menyukai anda.

7. Dia menyentuh anda.

- Sama seperti perkara 6, apabila dia berani menyentuh anda, itu tandanya dia menginginkan sebuah perhubungan yang lebih serius. Adalah agak jarang wanita bersikap berani sebegini kerana mereka terdidik dengan adab dan sopan, tetapi jika ada yang berani melakukannya, ini bermakna dia benar-benar menyukai anda.


Sunday 17 July 2011

happier life: BUAH AJAIB - merealisasikan impian anda

happier life: BUAH AJAIB - merealisasikan impian anda

Friday 8 July 2011

La Tahzan ( Jangan bersedih )

Menjalani hidup di muka bumi Allah ini selaku seorang khalifah,kita sememangnya akan sentiasa di uji dengan pelbagai ujian.

Kegagalan, kekecewaan, putus asa, kesepian dan lain-lain lagi bentuk ujian yang diturunkan oleh Allah s.w.t. tidak pernah lari daripada hidup seseorang. Sesungguhnya ujian-ujian ini diturunkan bukanlah bertujuan untuk menzalimi manusia sebaliknya menunjukkan kekuasaan dan kecintaan illahi kepada hambaNya. Hal ini kerana Allah telah menjanjikan kebahagiaan yang hakiki iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat kepada setiap hambaNya yang melalui ujian tersebut dengan penuh kesabaran, usaha mahupun tawakal.

Sering kali berlegar-legar diruang minda kita persoalan-persoalan yang berkisar mengenai ketentuan yang Allah S.W.T. telah tetapkan. Namun, sebagai hamba yang kerdil dan hina serta hanya mempunyai ilmu umpama buih-buih di lautan, kita seringkali meragukan qada´ dan qadar. Lantas, timbullah persoalan-persoalan seumpama berikut:
1. Kenapa saya tidak dapat apa yang saya inginkan?
-Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya dan Allah maha mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. Sebagai contoh, Abdullah terjatuh daripada basikalnya. Oleh kerana itu, dia terlewat untuk mengikuti rombongan melancong ke pergunungan. Dengan penuh rasa kehambaan, dia bersabar sambil mencari ikhtiar untuk ke pergunungan tersebut. Beberapa ketika kemudian, dia dikejutkan dengan berita kemalangan rombongan pelancong ke pergunungan yang mengorbankan semua nahas kemalangan.
Sesungguhnya kita tidak mengetahui apa yang bakal terjadi beberapa saat, minit, jam, minggu, bulan mahupun tahun berikutnya. Allahualam...
2. Tertekan? Bengang?- frust
- "dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang bersabar(beriman)."
3. Bagaimana saya dapat menghadapi semua dugaan ini? Saya tidak terdaya...
- dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat melainkan bagi orang-orang yang khusyuk.
4. Saya tidak ada sesiapa. Miskin dan daif. Dihina dan dicaci oleh masyarakat. Dimanakah tempat untuk saya mengadu dan meminta pertolongan?
- cukuplah Allah bagiku. (ma fi khalbi ghairullah) Sebaik-baik tempat mengadu dan sandaran dan hanya kepadanya aku bertawakal.

Dan ingatlah para pejuang islam, sesungguhnya Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak dapat digalas oleh hambaNya.
-semoga kemenangan berpihak pada jalan kebenaran. Insyaallah

Doa menuntut ilmu

Ya allah ya tuhanku, jadikanlah aq berguna untuk masyarakat dengan ilmu yang engkau berikan padaku dan berikan aq ilmu yang berguna bagi diriku. Serta tambahkan la ilmu yang berguna bagi diriku