Saturday 30 July 2011

KHASIAT BUAH DAN SAYUR MENGIKUT WARNA




Tahukah anda bahawa semakin pekat warna sayur atau buah,semakin tinggi kandungan nutrisi yang terdapat di dalamnya?

Ingin tahu warna-warna yang baik untuk kesihatan anda? Berikut adalah beberapa warna sayur-sayuran dan buah-buahan beserta khasiatnya:

1. Merah

- warna ini menandakan makanan tersebut mengandungi likopen, iaitu zat yang berperanan untuk memelihara kesihatan sel serta mampu mengurangkan risiko kanser.
- Pelbagai vitamin seperti vitamin A dan C yang dapat mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga gusi dan meningkatkan imunisasi tubuh
- Contoh: Tomato, tembikai dll.

2. Jingga

- Menandakan buah dan sayur mengandungi alfa dan beta karoten.
- Jika diambil secukupnya mampu mengelakkan pertumbuhan sel kanser.
- Contoh: Lobak merah, mangga dll.

3. Kuning

- Mengandungi vitamin c yang baik untuk melindungi sel tubuh.
- Mengandungi beta cryptoxanthin dimana ia dapat mengimbangkan tekanan darah.
- Mengandungi enzim yang melancarkan proses pencernaan.
- Contoh : Betik.

4. Hijau

- Warna hijau menandakan kandungan Sulforaphane, isothiocyanate dan indoles yang meransang hati untuk meghurai unsur kimia penyebab kanser.
- Kandungan asid folik mampu membentuk sel baru dalam tubuh yang mampu melawan kanser terutamanya kanser payudara dan meningkatkan sistem imunisasi.
- Brokoli yang kaya dengan chromium mampu mengatur insulin dan gula dalam darah serta mampu mencegah penyakit jantung dan osteoporosis
- Contoh : Brokoli, Kubis,sawi dll.

5. Putih kehijauan

- Mengandungi flavonoid yang dapat melindungi sel membran.
- Kandungan Alicin dan selenium dalam bawang dapat membunuh parasit, bakteria dan virus.
- Pengambilan bawang putih secara teratur dapat menghalang arteri daripada tersumbat, meningkatkan sistem immunisasi tubuh serta mengawal tekanan darah.
- Mengurangkan kadar kolestrol serta mengandungi zat anti kanser.
- Membantu menyembuhkan radang otak, sakit pada sendi serta berupaya menambah tenaga.
- Contoh : bawang putih, bawang bombai, seleri dan buah pir.


No comments:

Post a Comment