Friday 30 September 2011

Putuskan Hubungan Sebab Aksi Ghairah Dalam Video

One Nation Emcee
‎"Senakal atau sebebas saya pun, apabila tiba bab mencari isteri, saya mahu yang tahu adat sopan, tidak terlalu bebas dan menjaga tatasusila" tutur jojoe, salah satu daripada anggota kumpulan One Nation Emcee pada 25 September,2011 di akhbar Metro berhubunng dengan sikap dinginnya pada Mimi yang juga merupakan ahli kumpulan One Nation Emcee.


Hal ini berpunca apabila Mimi melakonkan aksi seks yang agak keterlaluan, menampakkan sebahagian besar bahagian belakang tubuhnya dan aksi ranjang yang sangat keterlaluan.


Kenapa nak tau hal orang lain? Diorang tu sedara awak ke? Dapat duit ke lau tau semua benda ni? Bukan nak menyibuk pasal hal orang lain, tapi,jadikan pengajaran k... :)

Friday 23 September 2011

Belum Bertemu Jodoh?




Beberapa hari lepas, terbaca status kawan di Facebook mengenai jodoh. Umur dah lanjut tapi masih belum bertemu jodoh beliau…

Jangan bersedih…

Untuk keselamatan jalan raya,
" biar lambat asal selamat "

Untuk keselamatan JIWA,
" biar lambat asal TEPAT "

Berapa banyak pasangan telah menemui jalan buntu dalam perhubungan mereka lantas mengambil keputusan untuk bercerai?

Ya, biar lambat asal tepat. Kepada mereka yang sudah berumur tetapi masih belum bertemu belahan jiwa anda, jangan risau. Serahkan segalanya pada tuhan. :) Jodohkan di tangan tuhan? Tuhan telah menentukan segalanya termasuklah jodoh anda tetapi belum dipertemukan lagi. Mungkin menanti waktu yang sesuai untuk dipertemukan dengan anda. : )

Berapa banyak pasangan telah menemui jalan buntu dalam perhubungan mereka lantas mengambil keputusan untuk bercerai?

Thursday 22 September 2011

Reduced Stress



" I must be patient and not let anger control me. I will be healthy and happy."

  1. See the good side of things.
  2. Don't blame others when things go wrong.
  3. Have hobbies.
  4. Make time for study and play.
  5. Sleep early and wake up early.
  6. Have something to talk to.

Sunday 18 September 2011

Tips Tambat Hati Lelaki Idaman Kamu



Kepada WANITA-WANITA diseluruh dunia... Nak tackle crush kamu…? Saya ada beberapa tips yang mungkin kamu boleh praktikkan.

  1. Terima lelaki agar dia menerima anda
Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

  1. Fahamilah lelaki agar dia memahami anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seseorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

  1. Berubah untuk menikmati perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

  1. Sanggup memberi untuk menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

  1. Percaya untuk dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.


  1. Menangkan lelaki untuk menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

  1. Sifat negatif akan membuah kesan negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenal pun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

  1. Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab
Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.

  1. Kritikan akan membuahkan kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

  1. Beri kepada lelaki apa yang dia mahu
Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.


11.Tunjuk minat tulin terhadap lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.

  1. Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

  1. Panggillah lelaki dengan panggilan manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
  1. Hormati dia sebagai lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.

Thursday 15 September 2011

Hadiah Untuk Si DIA



Hello guys. Setiap wanita pasti menginginkan pasangan yang romantis bukan? Ini saatnya untuk mengubah anda menjadi pasangan yang romantik. Macam mana? How about giving gift to HER…?

Mungkin…

  1. Sekuntum bunga ros segar bersama nota cinta.

  1. Sesuatu yang kamu buat sendiri seperti kraftangan, kad atau apa saja.

  1. Hadiahkan teddy bear bagi si DIA yang menyukainya.

Atau…..

  1. Apa sahaja yang akan buatkan dia terperanjat gembira " ow, tak sangkanya dapat ni. Thank you"                  

Wednesday 14 September 2011

Buat LELAKI jatuh cinta dengan ANDA

Girls out there, its time to rock HIS heart. Check this list untuk tambat hati si DIA, :p :
1. Dapatkan perhatiannya. Mungkin dia tidak sedar dengan kewujudan kamu. Tapi AWAS, jangan lebih-lebih. Nanti dia meluat pula dengan perangai anda.

2. Minati apa yang dia suka.

3. Jangan cuba berhubung dengannya setiap saat kerana dia akan rasa terganggu.

4. Miliki SENSE OF HUMOR. jika terlalu serius, kamu akan jadi seorang yang sangat membosankan.

5. Jangan buat diri kamu terlalu 'available'

Tip penjagaan Orkid

1. Gunakan pasu yang diperbuat daripada tanah liat atau bekas yang mempunyai lubang agar memudahkan pengaliran udara di bahagian akar orkid.
2. Jangan potong akar yang terkeluar dari pasu. Sebaiknya tukar ke pasu yang lebih besar agar akar terlindung.
3. Penyiraman terbaik adalah pada waktu pagi atau petang. JANGAN siram pada waktuTENGAHARI kerana boleh menyebabkan daun melecur.
4. Pembajaan adalah baik untuk orkid. Namun, penggunaan baja kepekatan tinggi sangat merugikan anda kerana orkid hanya menyerap nutrien yang diperlukan. Sebaiknya, baja orkid anda setiap minggu dengan kadar kepekatan baja yang rendah.

Ps: kepada penggemar orkid,hopely tip ini dapat membantu anda mendapatkan bunga orkid yang cantik, subur dan berkualiti. ;)

Biji-biji la pulak

Every action you take is a seed you sow
and every seed you sow is a harvest you will reap

Monday 12 September 2011

Madah Cinta Illahi



Ketika aku memohon kepada allah kekuatan
Allah memberiku kekuatan agar aku menjadi lebih kuat,
Ketika aku memohon kepada allah kebijaksanaan,
Allah memberiku akal untuk berfikir,
Ketika aku memohon kesejahteraan,
Allah memberiku masalah untuk diselesaikan
Ketika aku memohon kepada allah keberanian,
Allah memberiku bahaya untuk aku atasi,
Ketika aku memohon kepada allah sebuah cinta
Allah memberiku hamba-hambanya yang bermasalah untuk ku hulurkan bantuan
Dan ketika aku memohon kepada allah bantuan,
Allah memberiku kesempatan

Aku tidak pernah menerima apa yang aku pinta
Tetapi….
Aku menerima apa yang aku perlukan…
Itulah tanda cinta allah pada hambanya

p/s: Semoga hati kita tidak pernah buta untuk melihat hikmah-hikmah yang terselit disebalik cebisan-cebisan ujianNYA.

Mari Gelak Bersama - Kenali 'Bunyi'Buaya darat


Buaya darat

Satu hari dalam kelas Darjah 1, SKPR.

Cikgu : Baik anak-anak murid. pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Azwan, macam mana bunyi ayam berkokok?
Azwan : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu : Bagus Azwan Razlan, buat bunyi kucing pula..
Razlan : Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya…. Haekal, buaya bagaimana pula bunyinya...?
Haekal : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer…? Abang temankan ya…
Cikgu : Bunyi buaya apa tu???
Haekal : Buaya darat cikgu!

Saturday 10 September 2011


Ramai yang mempersoalkan adakah belajar di dalam negara adalah lebih baik berbanding belajar di luar negara?

Adakah belajar di dalam negara adalah lebih baik berbanding belajar di luar negara?

Berdasarkan servay yang telah dibuat, berikut merupakan hasil statistik daripada pandangan rakyat Malaysia 

Bergantung pada kursus
59
49%
Bergantung pada negara
25
20%
Setuju
23
19%
Tidak Setuju
13
10%

Wednesday 7 September 2011

HOW TO FORGET YOUR EX BOYFRIEND/GIRLFRIEND



Hello readers. Lama dah tak upload blog. Kali nie nak tulis pasal macam mana nak lupakan ex boyfriend or exgirlfriend plak. Saya buat servay kat question and answer 
 HASILNYA…

Berikut merupakan antara jawapan-jawapan yang diberikan oleh pengikut SAYS:

  1. Get bussy
Sibukkan diri anda. Jadi, otak anda akan beralih tumpuan kepada hal-hal lain. Tak la asyik dok nak fikir dia terus kan. Contohnya main video game, bersukan dan banyak lagi. Well, better try this one.

  1. Say it to your self.. " I don’t want him/her ". That’s all

  1. Zikrullah
Dengan mengingati pencipta, insyaallah hati anda akan lebih tenang. Selain itu, fikiran anda akan beralih daripada mengingati kekasih anda kepada lebih mengingati tuhan.

  1. Jangan hubungi dia lagi.

  1. Jangan berikan dia peluang untuk menghubungi anda juga.

  1.  Tambah kenalan anda. Terutamanya yang berlainan jantina. Mungkin anda boleh menemui seseorang yang benar-benar sesuai untuk anda.

  1. Its revenge time… Change yourself and become prettier  than before. Let him see you.  Then make him cannot forget you. hahaha.

P/S: semoga anda dapat melupakan si DIA dan menemukan belahan jiwa anda...