Friday 19 August 2011

PUNCA PAYUDARA TIDAK SIHAT






1. Berat badan yang turun naik secara mendadak
Berat badan naik adalah faktor terjadinya peregangan berlebihan pada kulit. Jika berat badan naik dan tiba-tiba menurun akan membuat kulit menjadi lembek dan menggeliat. Ini secara tidak langsung boleh membuat payudara tidak sihat dan kehilangan bentuk idealnya.

2. Poster badan
Wanita harus mengambil berat dalam cara duduk kerana kebiasaan cara duduk yang salah boleh menyebabkan payudara melorot. Oleh sebab itu, duduklah dengan postur yang betul kerana tidak hanya baik untuk tulang belakang, tetapi juga untuk kesihatan payudara.

3. Ukuran coli yang salah
Ketika memilih coli perkara yang paling penting adalah saiznya. Ukuran coli yang tidak tepat boleh membuat payudara tidak sihat. Coli yang terlalu ketat akan mengganggu perjalanan darah yang boleh menyebabkan terjadinya kanser payudara. Sedangkan coli yang longgar boleh mengakibatkan peregangan kulit, terutama bagi wanita yang memiliki payudara besar. Jadi pilihlah ukuran saiz yang tepat.

4. Mandi berendam di dalam air panas
Perlu diketahui bahawa air panas menyebabkan kulit kering dan hilang keanjalan kulit. Maka sebaiknya hindarilah berendam air panas dalam jangka waktu yang lama.

5. Sinar ultraviolet
 Selain terbakar, berjemur juga boleh menyebabkan payudara kehilangan keanjalan kulit dan meningkatkan risiko terjadinya kanser payudara

MENGEKALKAN HUBUNGAN...



Cuma nak share beberapa tips dalam mengekalkan perhubungan. Anda boleh mencuba tip-tip di bawah dalam usaha untuk mengekalkan hubungan baik anda.


  1. Saling Memberi Kebebasan
  2. Menjadi sahabat baik tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya.
  3. Menahan Rasa Cemburu
  4. Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tidak adalah ‘thrill’nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang.
  5. Saling Memahami
  6. Contohnya jika teman anda menolak ajakan anda keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.
  7. Saling Mengalah
  8. Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.
  9. Saling Memberi Kemaafan
  10. Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.
      

Wednesday 17 August 2011

PUTIHKAN GIGI





Sanggup berbelanja berapa je tuk putihkan gigi? Habiskan banyak duit untuk membeli produk-produk pemutihan?

Sekarang tidak perlu lagi. Senang jer… Dengan menggunakan BAKING SODA dan peroksida, anda boleh mendapatkan gigi putih dan senyuman menawan seperti selebriti-selebriti hollywood yang lain.

Macam mana caranya arr...?

Selepas memberus gigi anda dengan ubat gigi biasa, berus semula gigi anda dengan BAKING SODA dan PEROKSIDA. Kemudian, bersihkan mulut anda dengan air bersih. Mudahkan… Peroksida melunturkan segala kekotoran manakala Baking Soda pula menanggalkan segala kekotoran. Insyaallah anda akan mendapatkan gigi yang putih berseri

Tapi AWAS  Jangan amalkan penggunaan BAKING SODA dan PEROKSIDA melebihi sebulan sekali kerana BAKING SODA akan merosakkan enamel anda manakala PEROKSIDA pula akan merosakkan gusi anda jika digunakan dengan kerap.

 Readers!!! Give a try on it.

Tuesday 16 August 2011

TENTANG SENYUM




William Shakesepeare mengatakan " apa yang anda kehendaki akan lebih mudah untuk diperolehi dengan senyum daripada memotong dengan pedang

                    Apabila berhadapan dengan kesukaran, senyum. Pujangga menyebut, Senyuman itu kelopak, tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya.

Senyum adalah jambatan persahabatan. Senyum adalah pelaburan yang pasti tidak akan merugikan.

               SENYUM adalah jalan pintas bagi mengatakan anda menyukai seseorang. SENYUM yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah sedekah.

Senyum adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.

              Setiap kali kita senyum, kita hanya menggerakkan 15 otaot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka.

SENYUM umpama jangkitan. Bila kita senyum, orang akan senyum semula. Yang tak senyum balik tu, memang sah kebal daripada jangkitan.

              Orang akan merasa dihargai apabila kita senyum kepadanya.

Jelaslah bahawa SENYUM umpama malaikat rahmat yang turun kedunia.


Jadi, mulakan hari anda dengan senyuman. Dengan senyum, semua urusan jadi ringan. SENYUM selalu. Anda pasti BAHAGIA.

CREDITED  TO: PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM  B. NOORDIN, UiTM, JOHOR.

MEMILIH TEMPAT YANG SESUAI UNTUK BELAJAR


      Berikut merupakan faktor-faktor yang dapat menjadikan sesi pembelajaran anda menarik:
    1. Tenang dan damai
    2. - Elakkan belajar di tempat-tempat yang tidak sesuai seperti perhentian bas, tandas, kedai makan dan lain-lain.
    3. Jauh dari bunyi bising
    4. Sumber cahaya yang mencukupi
    5. Cukup bekalan cahaya lampu. Lampu cahaya putih dapat mengelakkan anda daripada sakit kepala dan mata berair
    6. Suhu yang sesuai
    7. Suhu yang terlalu panas meyebabkan konsentrasi anda tergganggu manakala suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan anda mengantuk.
    8. Susun atur bilik ataupun persekitaran yang menarik
    9. Bekalan udara yang mencukupi
    10. Hal ini sangat penting kerana kekurangan bekalan udara mengakibatkan anda mengantuk.

Monday 15 August 2011

SIKAP PELAJAR CEMERLANG


  1. Mempunyai matlamat dan cita-cita yang tinggi
  1. Kekuatan yang mendorong usaha lebih tinggi
  1. Pengurusan yang baik
  1. Budaya mencintai ilmu
  1. Membaca bahan-bahan yang berkualiti
  1. Membuat latihan dan kerja rumah
  1. Bertanya
  1. Menghargai masa 
  1. Membuat aktiviti harian mengikut jadual
  1. Tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah
  1. Tidak menangguh-nangguh
  1. Budaya mahu dan suka bersaing
  1. Tidak memandang rendah terhadap kemampuan diri sendiri
  1. Berani bersaing
  1. Cekap, cekal, dan mempunyai daya juang yang tinggi

Sunday 14 August 2011

MAKANAN YANG BAIK UNTUK OTAK, menajamkan fikiran.



Tidak semua manusia dikurniakan dengan intuisi, iaitu kebijaksanaan semulajadi. Akan tetapi, tahukah anda bahawa makanan mampu mempertingkatkan kebijaksanaan otak dengan meningkatkan keupayaan anda untuk mengingat?


   Berikut merupakan makanan yang dapat meningkatkan daya ingatan: 


1. Cokelat
- Selain dapat memberikan perasaan yang baik kepada anda, cokelat mampu meningkatkan aliran darah ke otak. Antioksida utama di temui terdapat dalam koko, dikenali sebagai flavonols mampu melancarkan peredaran darah ke otak. Flavonols di temui dalam kuantiti yang banyak dalam cokelat hitam.


2. Ikan
- Ikan kaya dengan omega-3. Mengambil satu hidangan ikan sekali dalam seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer. Omega -3 akan menutupi neurons dengan lemak-lemak yang baik, membolehkan neurons bergerak dengan baik.
- Omega-3 juga membekalkan oksigen kepada otak. 
- Ikan yang baik untuk kesihatan otak ialah salmon dan tuna.


3. Bijirin
          - Kandungan folate dalam bijirin sangat tinggi sama seperti oat, barley dan lain-lain. Makanan-makanan ini berupaya untuk meningkatkan peredaran darah ke otak. Ini bermakna, otak dapat berfungsi dengan lebih baik. Bijirin juga mengandungi banyak vitamin B6 yang kaya dengan thiamine. Thiamine sangat baik dalam meningkatkan memori. Jadi, bijirin sangat baik terutamanya kepada mereka yang menghampiri usia 60 atau 70.


4. Teh
- Teh kaya dengan catechins. Terasa penat, terlalu malas dan hilang fokus untuk berfikir? Ini mungkin disebabkan anda kekurangan catechins.Catechins memastikan minda anda tajam, sejar dan berfungsi dengan baik. Bukan itu sahaja, ia juga menenangkan dan mampu melawan keletihan mental. 


5. Kopi
- Kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi.


6. Telur
- Tahukah anda bahawa apabila meningkat tua, otak akan mengecut. Walaubagaimanapun, proses pengecutan ini boleh dicegah dengan memakan telur. Ini kerana telur mengandungi vitamin B12 yang dapat melawan pengecutan otak sebagaimana yang berlaku kepada pesakit Alzheimer.
- Kuning telur tingggi kolestrol juga tinggi kandungan choline sangat penting dalam membina sel-sel otak.Choline juga mampu meningkatkan memori anda. Mengambil 1-2 biji telur sehari baok untuk otak anda.


7. Kari
- Kari kaya dengan antioksida yang membantu melawan penuaan otak dan mengekalkan fungsi kognitif apabila anda tua. Antioksida ini juga melawan kerosakan radikal bebas yang berlaku di dalam badan dan otak anda.
- Tidak hanya baik untuk otak, kari juga baik untuk pesakit diabetes dan penyakit jantung.
- Terlalu pedas? Anda tidak perlu mengambilnya setiap hari. Sedikit kuantiti sekali sebulan sudah memadai untuk otak yang sihat dan cergas.


8. Kekacang
- Semua kekacang kaya dengan Omega-3 dan Omega-6 fatty acids, folate, vitamin E, dan vitamin B6. Semua nutrisi ini membolehkan anda berfikir dengan jelas dan positif kerana Omega-3 dan Omega-6 fatty acids berfungsi sebagai antidepressants semulajadi.
- Bijian dan kekacang juga mengandungi thiamine dan magnesium yang baik untuk memori, fungsi kognitif dan membekalkan khasiat kepada otak anda.


9. Tiram
- Tiram kaya dengan zink dan besi. Ia dapat menajamkan minda anda dan meningkatkan keupayaan anda untuk mengimbas semula maklumat dengan mudah. Kekurangan zink dan besi mengakibatkan hilang tumpuan dan mengakibatkan kesakitan pada badan.  


10. Sayur- Sayuran berdaun hijau
- Sayur-sayuran seperti bayam, kubis dan lain-lain membantu anda mengingati maklumat-maklumat lama seperti anda mempelajarinya semalam. 


11. Ginkgo Biloba 
Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingatan sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Menurut George Lewith, ginkgo boleh memperbaiki sirkulasi darah ke otak dengan membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen. 


12. Minyak Ikan
Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yang merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan. 


13. Rosemary Dan Sage
Minyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental. 


14. Vitamin B
Vitamin B berfungsi mengirimkan oksigen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan. Niacin atau B3 sangat baik untuk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yang diperlukan untuk daya ingatan.
  


15. Kacang Soya
Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori.

Monday 1 August 2011

HIKMAH MENGERJAKAN PUASA



1. Medan untuk mendekatkan diri dengan maha pencipta, rabbul izzati.

2. Menahan diri daripada hawa nafsu.

3. Menginsafkan diri bahawa sesungguhnya kita adalah hamba Allah yang lemah.

4. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat dan kurniaanNya.

5. Mendidik jiwa mentaati segala perintah Allah.

6. Menyucikan diri serta meningkatkan keikhlasan hati.

7. Melatih diri lebih sabar.

8. Menyihatkan badan dan melatih diri lebih berdisiplin.

9. Menguatkan keimanan terhadap Allah S. W.T..