Tuesday 16 August 2011

TENTANG SENYUM




William Shakesepeare mengatakan " apa yang anda kehendaki akan lebih mudah untuk diperolehi dengan senyum daripada memotong dengan pedang

                    Apabila berhadapan dengan kesukaran, senyum. Pujangga menyebut, Senyuman itu kelopak, tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya.

Senyum adalah jambatan persahabatan. Senyum adalah pelaburan yang pasti tidak akan merugikan.

               SENYUM adalah jalan pintas bagi mengatakan anda menyukai seseorang. SENYUM yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah sedekah.

Senyum adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.

              Setiap kali kita senyum, kita hanya menggerakkan 15 otaot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka.

SENYUM umpama jangkitan. Bila kita senyum, orang akan senyum semula. Yang tak senyum balik tu, memang sah kebal daripada jangkitan.

              Orang akan merasa dihargai apabila kita senyum kepadanya.

Jelaslah bahawa SENYUM umpama malaikat rahmat yang turun kedunia.


Jadi, mulakan hari anda dengan senyuman. Dengan senyum, semua urusan jadi ringan. SENYUM selalu. Anda pasti BAHAGIA.

CREDITED  TO: PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM  B. NOORDIN, UiTM, JOHOR.

No comments:

Post a Comment