Wednesday 5 October 2011

RISIKO MENGGUNAKAN JEANS KETAT



Selak-selak akhbar Berita Harian keluaran 5 Oktober 2011, terbaca pula satu artikel berkaitan dengan penggunaan jeans  potongan ketat, Jangan Jadi Mangsa Fesyen m/s 18. Memakai seluar ketat memang nampak ranggi, seksi dan bergaya. Mungkin ramai yang tidak sedar malah tidak tahu bahawa keghairahan memakai seluar ketat ini mengundang masalah kemandulan dan jangkitan faraj. Nak tahu tak risiko/bahaya menggunakan jeans potongan ketat? Berikut merupakan keburukan menggunakan jeans ketat:

  1. Mengurangkan penghasilan sperma (bagi lelaki).
Penggunaan jeans yang ketat akan meningkatkan suhu yang tinggi kepada pundi zakar. Suhu yang tinggi menghalang buah zakar aktif menghasilkan sperma. Kesannya, penghasilan sperma berkurangan.

  1. Menjejaskan kualiti sperma (bagi lelaki).

  1. Menjejaskan bahagian alat sulit bagi lelaki dan wanita.

  1. Meningkatkan risiko Meralgia paraethetica (MP).
MP ialah penyakit yang disebabkan oleh tekanan urat saraf berdekatan rusuk. Penggunaan jeans yang ketat mengakibatkan tekanan pada urat sarat tersebut.Tanda-tanda tekanan pada urat saraf 

  1. Menjejaskan imbangan kelembapan vagina (bagi wanita).
Menggunakan jeans yang ketat boleh mengakibatkan kekeringan atau terlebih lembap pada vagina. Kelembapan yang tidak seimbang pada vagina meningkatkan pembiakan kuman dan bakteria yang mengakibatkan kegatalan dan keradangan vulva.

  1. Pengeluaran cecair berlebihan dan bau busuk.. Yaikss

  1. Jika berterusan boleh mengakibatkan barah.

Kalau dah lama terlanjur menggunakan seluar yang ketat, jangan risau. Anda masih belum terlambat untuk mengubahkan. Mungkin anda boleh mencuba Alternatif mengurangkan masalah kesuburan

So pals, jangan jadi mangsa fesyen. Tepuk dada, tanya minda. Jangan tanya selera. Kalau da tanya selera, semua nak ditibainya. 

No comments:

Post a Comment