Friday 8 July 2011

La Tahzan ( Jangan bersedih )

Menjalani hidup di muka bumi Allah ini selaku seorang khalifah,kita sememangnya akan sentiasa di uji dengan pelbagai ujian.

Kegagalan, kekecewaan, putus asa, kesepian dan lain-lain lagi bentuk ujian yang diturunkan oleh Allah s.w.t. tidak pernah lari daripada hidup seseorang. Sesungguhnya ujian-ujian ini diturunkan bukanlah bertujuan untuk menzalimi manusia sebaliknya menunjukkan kekuasaan dan kecintaan illahi kepada hambaNya. Hal ini kerana Allah telah menjanjikan kebahagiaan yang hakiki iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat kepada setiap hambaNya yang melalui ujian tersebut dengan penuh kesabaran, usaha mahupun tawakal.

Sering kali berlegar-legar diruang minda kita persoalan-persoalan yang berkisar mengenai ketentuan yang Allah S.W.T. telah tetapkan. Namun, sebagai hamba yang kerdil dan hina serta hanya mempunyai ilmu umpama buih-buih di lautan, kita seringkali meragukan qada´ dan qadar. Lantas, timbullah persoalan-persoalan seumpama berikut:
1. Kenapa saya tidak dapat apa yang saya inginkan?
-Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya dan Allah maha mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. Sebagai contoh, Abdullah terjatuh daripada basikalnya. Oleh kerana itu, dia terlewat untuk mengikuti rombongan melancong ke pergunungan. Dengan penuh rasa kehambaan, dia bersabar sambil mencari ikhtiar untuk ke pergunungan tersebut. Beberapa ketika kemudian, dia dikejutkan dengan berita kemalangan rombongan pelancong ke pergunungan yang mengorbankan semua nahas kemalangan.
Sesungguhnya kita tidak mengetahui apa yang bakal terjadi beberapa saat, minit, jam, minggu, bulan mahupun tahun berikutnya. Allahualam...
2. Tertekan? Bengang?- frust
- "dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang bersabar(beriman)."
3. Bagaimana saya dapat menghadapi semua dugaan ini? Saya tidak terdaya...
- dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat melainkan bagi orang-orang yang khusyuk.
4. Saya tidak ada sesiapa. Miskin dan daif. Dihina dan dicaci oleh masyarakat. Dimanakah tempat untuk saya mengadu dan meminta pertolongan?
- cukuplah Allah bagiku. (ma fi khalbi ghairullah) Sebaik-baik tempat mengadu dan sandaran dan hanya kepadanya aku bertawakal.

Dan ingatlah para pejuang islam, sesungguhnya Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak dapat digalas oleh hambaNya.
-semoga kemenangan berpihak pada jalan kebenaran. Insyaallah

1 comment: