Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Saturday, 9 February 2013

BUAH AJAIB - merealisasikan impian anda




Health is wealth. Ini bermakna kesihatan sangat penting dalam kehidupan seseorang. Semua individu yang berfikiran waras semestinya menginginkan kehidupan yang sejahtera, menenangkan dan kesihatan yang baik.

BUAH AJAIB boleh MEREALISASIKAN IMPIAN anda dalam mendapatkan kesihatan yang diidam-idamkan. Buah mengkudu diberi gelaran buah ajaib kerana mempunyai seribu satu (1001) khasiat walaupun mempunyai bau yang kurang menenangkan.

Antara penyakit-penyakit yang dapat diubati melalui pengamalan meminum jus buah mengkudu (noni juice) ialah:

1. Diabetis
- Mengandungi hipokolestemik yang dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

2. Tekanan darah tinggi
- Buah mengkudu mengandungi fitonutrien iaitu scopoletin yang berfungsi untuk melebarkan saluran membuluh darah.
- Ini membantu jantung kerana jantung tidak perlu berkerja keras dalam mengepam darah.
- Hasilnya, tekanan darah kembali normal.
- Telah terbukti berkesan oleh pengkaji Scott Gerson, MD, Sinai School of Medicine, New York.

3. Tumor dan kanser
- Mempunyai fungsi yang menyerupai minyak squalen (minyak hati ikan hiu) iaitu mengawal pertumbuhan tumor otak.
- Mengandungi Damnakantal yang mematikan sel kanser

4. Asma
- Mengurangkan kahak dan batuk
- Dibuktikan oleh Bryant Bloss, MD, ahli ortopedi.

5. Arthritis(penyakit tulang)
- Mengandungi asid amino yang membentuk protein

6. Masalah pencernaan
- Kandungan bioaktif Moridon bermanfaat dalam melancarkan pembuangan air besar.
- Manakala Soranjidio melancarkan air kencing.

7. Bengkak dan lebam pada badan

8. Demam

9. Pelbagai jenis radang termasuk radang usus dan radang sendi.
- Anthraquinone dan scopoletin dalam sari buah mengkudu mampu mengatasi radang.

10. Alahan
- Anthraquinone dan scopoletin juga mampu melegakan alahan.


Buah mengkudu sememangnya ajaibkan? Ia dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kronik. Jika anda penggemar minuman jus, kenapa anda tidak mencuba jus buah mengkudu yang sememangnya mempunyai pelbagai khasiat?

Water and beauty- importance of water on health



Water is very important in our daily life. Readers, check simple list of the benefits of drinking lots of water on health and beauty.

1. Supply oxygen, no more sleepy eyes

- Water (H2O) is compound that made up from combination of elements which is oxygen and hydrogen. By taking sufficient amount of water for your body, water will supply oxygen to your cell for entire body include brain. When oxygen from the water that you drink reach the brain, cells in the brain will supplied with oxygen and make the cells in the brain become fresh. As the result, you will fill fresh throughout the day. Remember, every time you feel sleepy, refresh yourself by drinking water. It is simple. Isn’t it?

2. Controls and maintains body temperature.
- did you ever got fever or catch a cold especially during extreme climate changed? This is due to your body cannot resist to climate that changed suddenly. Then, why did not you try to drink lots of water.

3. Detoxification
- Water helps liver to detoxification. It makes detoxification process easier for the liver. It means that your liver doesn't need to work hard for detoxification. Then, it is good for your liver.
- did you know that detoxification strongly related with ageless? Toxins caused aging processes occur faster. By removed toxins (detoxification), aging process can be slowed down. Then, to get younger and beautiful skin, drink lots of water which can help liver to detoxification.

4. Helps excretory process
- help remove urea, uric acid and excess minerals through urination.

5. Prevent dehydration
 
6. Fitness and fat loss
- having body like Fergie, Jessica Simpson or J. Lo? It is easy. You don’t need to push yourself and feeling hungry just to get ideal shape of body. The easiest solution is drinking water. This is due to by drinking waters, the water fills your body up without adding any calories. Just say good bye fat and HELLO to your new slimy body!!

7. Remove unpleasant odour
- You are what you eat. Did you know that food that you eat will release their odour on your body? By drinking water, you can keep away the odour from your body by dilute the food substances. So, what are you waiting for? Take glasses of water, drink it and say good bye to body odour.



On the other hand, lack of water in our body leads to dehydration which dehydration can  
- degrade physical and mental functions. 
- Being 15% dehydrated is likely to be lethal.
- Dehydration will degrade a person’s ability to exercise and burn calories.
- Dehydration will reduce protein synthesis which is needed to build or repair muscles.


EXERCISE - SHARPEN MEMORY



Did you know that exercise can sharpen your memory? Exercise that performed everyday can effect mind positively.

When oxygen supplied to the body, it gives good effect to the brain. Mind will be sharper and easier to think positively.

Increased oxygen level and launches of blood throughout the body enable those who exercise become more focus and strengthens memory.




RIGHT WAY OF INHALE HELP YOU BECOME MORE FOCUSED




Start your day with 3-5 deep cleansing breathes before you even get out of bed for better health and well-being. Do you know why you need to take a right deep breath every morning?

- Relieving stress

- Strengthening the immune system

- Accelerating the healing process

- Promoting peace of mind

- Remove toxins

- Trained the lungs muscles strength and helps heart work effectively.

- Help you become more focused.

Saturday, 2 February 2013

MEROKOK BAGUS SEBENARNYA



Merokok ni bagus sebenarnya. Huh? Baguskah merokok ni? Jangan salah faham. Bukan rokok biasa-biasa tau, ni rokok herba.




 Rokok herba (herb cigarette) dipercayai dapat mengatasi masalah tidur, batuk dan ketagihan merokok. Seorang dokter perubatan di India telah menemui penawar untuk mengatasi ketagihan merokok. Rokok herba bukan sahaja dapat mengatasi masalah ketagihan rokok malah dapat membersihkan kesan toksik rokok biasa.

Kajian beliau menunjukkan 10 batang rokok herba boleh mengurangkan batuk, menyelesaikan masalah kesukaran tidur (insomnia) dan menghilangkan keinginan untuk merokok. Rokok ini diperbuat daripada campuran pelbagai herba termasuk bunga cengkih dan kulit kayu manis. - info diperolehi daripada Majalah Rapi isu 15 Feb2008 halaman 78

Thursday, 6 December 2012

McDonald's Sales Declined, Starved For Ideas


A month ago, McDonald announced that comparable in-store sales decreased 1.8% globally and 2.2% in the U.S. in October. It was the first time since 2003 that such sales declined.

It seems that lovers of unhealthy food, McDonald began to realize the disadvantages of eating those foods from McDonald and change to Burger King.

McDonald’s Starved for Ideas as Burger King Lures Diners and introduced Dollar Menu. Critics say pushing Dollar Menu items isn’t likely to turn around sales because it simply encourages people to spend less, rather than buy more, squeezing profit margins.

Here some Public comments about McDonald:

-       Instead of changing a menu they should change the attitude and have people that know what they are doing....service at most McDonald's is HORRIBLE!

-       Denna Katarra- When we want burgers we cook them ourselves as not to get crap. We know what we are eating.

-       Fuzzy Elephants- Hey McD's here's a marketing idea for your restaurants... why not try serving food?


Wednesday, 5 October 2011

RISIKO MENGGUNAKAN JEANS KETAT



Selak-selak akhbar Berita Harian keluaran 5 Oktober 2011, terbaca pula satu artikel berkaitan dengan penggunaan jeans  potongan ketat, Jangan Jadi Mangsa Fesyen m/s 18. Memakai seluar ketat memang nampak ranggi, seksi dan bergaya. Mungkin ramai yang tidak sedar malah tidak tahu bahawa keghairahan memakai seluar ketat ini mengundang masalah kemandulan dan jangkitan faraj. Nak tahu tak risiko/bahaya menggunakan jeans potongan ketat? Berikut merupakan keburukan menggunakan jeans ketat:

  1. Mengurangkan penghasilan sperma (bagi lelaki).
Penggunaan jeans yang ketat akan meningkatkan suhu yang tinggi kepada pundi zakar. Suhu yang tinggi menghalang buah zakar aktif menghasilkan sperma. Kesannya, penghasilan sperma berkurangan.

  1. Menjejaskan kualiti sperma (bagi lelaki).

  1. Menjejaskan bahagian alat sulit bagi lelaki dan wanita.

  1. Meningkatkan risiko Meralgia paraethetica (MP).
MP ialah penyakit yang disebabkan oleh tekanan urat saraf berdekatan rusuk. Penggunaan jeans yang ketat mengakibatkan tekanan pada urat sarat tersebut.Tanda-tanda tekanan pada urat saraf 

  1. Menjejaskan imbangan kelembapan vagina (bagi wanita).
Menggunakan jeans yang ketat boleh mengakibatkan kekeringan atau terlebih lembap pada vagina. Kelembapan yang tidak seimbang pada vagina meningkatkan pembiakan kuman dan bakteria yang mengakibatkan kegatalan dan keradangan vulva.

  1. Pengeluaran cecair berlebihan dan bau busuk.. Yaikss

  1. Jika berterusan boleh mengakibatkan barah.

Kalau dah lama terlanjur menggunakan seluar yang ketat, jangan risau. Anda masih belum terlambat untuk mengubahkan. Mungkin anda boleh mencuba Alternatif mengurangkan masalah kesuburan

So pals, jangan jadi mangsa fesyen. Tepuk dada, tanya minda. Jangan tanya selera. Kalau da tanya selera, semua nak ditibainya. 

Tanda-tanda tekanan pada urat saraf (Meralgia Paraesthetica)


    Berikut merupakan tanda-tanda tekanan pada urat saraf:
  1. Sengal pada paras rusuk.
  2. Kesakitan rusuk menular hingga ke punggung.
  3. Mengalami rasa kebas di bahagian rusuk dan pinggul.

Alternatif mengurangkan risiko masalah kesuburan.



  1. Menggunakan seluar jeans potongan longgar.
  2. Menggunakan fabrik yang selesa. Denim sangat digalakkan untuk penampilan yang kasual.
  3. Seluar dalam yang diperbuat daripada kapas atau seluar pendek sutera sangat baik kerana membantu anda mendapatkan pengudaraan yang baik. JANGAN sesekali menggunakan seluar dalam yang diperbuat daripada GENTIAN.

Kajian -Lelaki Kahwin Lewat, Anak Kurang Bijak.



Anda lelaki?
Ya - Bercadang untuk berkahwin muda? Atau lewat?
Tidak -  tapi mungkin mempunyai teman lelaki, adik lelaki atau abang?

Satu hasil kajian yang sangat mengejutkan telah disiarkan secara ONLINE oleh Jurnal Perubatan Genetik.
Jurnal tersebut menyiarkan bahawa kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik di Washington menunjukkan bahawa kelemahan intelektual anak-anak tidak hanya berpunca daripada DNA lelaki tetapi usia bapa juga memainkan peranan dalam menentukan tahap kebijaksanaan anak-anak.

Friday, 19 August 2011

PUNCA PAYUDARA TIDAK SIHAT






1. Berat badan yang turun naik secara mendadak
Berat badan naik adalah faktor terjadinya peregangan berlebihan pada kulit. Jika berat badan naik dan tiba-tiba menurun akan membuat kulit menjadi lembek dan menggeliat. Ini secara tidak langsung boleh membuat payudara tidak sihat dan kehilangan bentuk idealnya.

2. Poster badan
Wanita harus mengambil berat dalam cara duduk kerana kebiasaan cara duduk yang salah boleh menyebabkan payudara melorot. Oleh sebab itu, duduklah dengan postur yang betul kerana tidak hanya baik untuk tulang belakang, tetapi juga untuk kesihatan payudara.

3. Ukuran coli yang salah
Ketika memilih coli perkara yang paling penting adalah saiznya. Ukuran coli yang tidak tepat boleh membuat payudara tidak sihat. Coli yang terlalu ketat akan mengganggu perjalanan darah yang boleh menyebabkan terjadinya kanser payudara. Sedangkan coli yang longgar boleh mengakibatkan peregangan kulit, terutama bagi wanita yang memiliki payudara besar. Jadi pilihlah ukuran saiz yang tepat.

4. Mandi berendam di dalam air panas
Perlu diketahui bahawa air panas menyebabkan kulit kering dan hilang keanjalan kulit. Maka sebaiknya hindarilah berendam air panas dalam jangka waktu yang lama.

5. Sinar ultraviolet
 Selain terbakar, berjemur juga boleh menyebabkan payudara kehilangan keanjalan kulit dan meningkatkan risiko terjadinya kanser payudara

Wednesday, 17 August 2011

PUTIHKAN GIGI





Sanggup berbelanja berapa je tuk putihkan gigi? Habiskan banyak duit untuk membeli produk-produk pemutihan?

Sekarang tidak perlu lagi. Senang jer… Dengan menggunakan BAKING SODA dan peroksida, anda boleh mendapatkan gigi putih dan senyuman menawan seperti selebriti-selebriti hollywood yang lain.

Macam mana caranya arr...?

Selepas memberus gigi anda dengan ubat gigi biasa, berus semula gigi anda dengan BAKING SODA dan PEROKSIDA. Kemudian, bersihkan mulut anda dengan air bersih. Mudahkan… Peroksida melunturkan segala kekotoran manakala Baking Soda pula menanggalkan segala kekotoran. Insyaallah anda akan mendapatkan gigi yang putih berseri

Tapi AWAS  Jangan amalkan penggunaan BAKING SODA dan PEROKSIDA melebihi sebulan sekali kerana BAKING SODA akan merosakkan enamel anda manakala PEROKSIDA pula akan merosakkan gusi anda jika digunakan dengan kerap.

 Readers!!! Give a try on it.

Sunday, 14 August 2011

MAKANAN YANG BAIK UNTUK OTAK, menajamkan fikiran.



Tidak semua manusia dikurniakan dengan intuisi, iaitu kebijaksanaan semulajadi. Akan tetapi, tahukah anda bahawa makanan mampu mempertingkatkan kebijaksanaan otak dengan meningkatkan keupayaan anda untuk mengingat?


   Berikut merupakan makanan yang dapat meningkatkan daya ingatan: 


1. Cokelat
- Selain dapat memberikan perasaan yang baik kepada anda, cokelat mampu meningkatkan aliran darah ke otak. Antioksida utama di temui terdapat dalam koko, dikenali sebagai flavonols mampu melancarkan peredaran darah ke otak. Flavonols di temui dalam kuantiti yang banyak dalam cokelat hitam.


2. Ikan
- Ikan kaya dengan omega-3. Mengambil satu hidangan ikan sekali dalam seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer. Omega -3 akan menutupi neurons dengan lemak-lemak yang baik, membolehkan neurons bergerak dengan baik.
- Omega-3 juga membekalkan oksigen kepada otak. 
- Ikan yang baik untuk kesihatan otak ialah salmon dan tuna.


3. Bijirin
          - Kandungan folate dalam bijirin sangat tinggi sama seperti oat, barley dan lain-lain. Makanan-makanan ini berupaya untuk meningkatkan peredaran darah ke otak. Ini bermakna, otak dapat berfungsi dengan lebih baik. Bijirin juga mengandungi banyak vitamin B6 yang kaya dengan thiamine. Thiamine sangat baik dalam meningkatkan memori. Jadi, bijirin sangat baik terutamanya kepada mereka yang menghampiri usia 60 atau 70.


4. Teh
- Teh kaya dengan catechins. Terasa penat, terlalu malas dan hilang fokus untuk berfikir? Ini mungkin disebabkan anda kekurangan catechins.Catechins memastikan minda anda tajam, sejar dan berfungsi dengan baik. Bukan itu sahaja, ia juga menenangkan dan mampu melawan keletihan mental. 


5. Kopi
- Kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi.


6. Telur
- Tahukah anda bahawa apabila meningkat tua, otak akan mengecut. Walaubagaimanapun, proses pengecutan ini boleh dicegah dengan memakan telur. Ini kerana telur mengandungi vitamin B12 yang dapat melawan pengecutan otak sebagaimana yang berlaku kepada pesakit Alzheimer.
- Kuning telur tingggi kolestrol juga tinggi kandungan choline sangat penting dalam membina sel-sel otak.Choline juga mampu meningkatkan memori anda. Mengambil 1-2 biji telur sehari baok untuk otak anda.


7. Kari
- Kari kaya dengan antioksida yang membantu melawan penuaan otak dan mengekalkan fungsi kognitif apabila anda tua. Antioksida ini juga melawan kerosakan radikal bebas yang berlaku di dalam badan dan otak anda.
- Tidak hanya baik untuk otak, kari juga baik untuk pesakit diabetes dan penyakit jantung.
- Terlalu pedas? Anda tidak perlu mengambilnya setiap hari. Sedikit kuantiti sekali sebulan sudah memadai untuk otak yang sihat dan cergas.


8. Kekacang
- Semua kekacang kaya dengan Omega-3 dan Omega-6 fatty acids, folate, vitamin E, dan vitamin B6. Semua nutrisi ini membolehkan anda berfikir dengan jelas dan positif kerana Omega-3 dan Omega-6 fatty acids berfungsi sebagai antidepressants semulajadi.
- Bijian dan kekacang juga mengandungi thiamine dan magnesium yang baik untuk memori, fungsi kognitif dan membekalkan khasiat kepada otak anda.


9. Tiram
- Tiram kaya dengan zink dan besi. Ia dapat menajamkan minda anda dan meningkatkan keupayaan anda untuk mengimbas semula maklumat dengan mudah. Kekurangan zink dan besi mengakibatkan hilang tumpuan dan mengakibatkan kesakitan pada badan.  


10. Sayur- Sayuran berdaun hijau
- Sayur-sayuran seperti bayam, kubis dan lain-lain membantu anda mengingati maklumat-maklumat lama seperti anda mempelajarinya semalam. 


11. Ginkgo Biloba 
Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingatan sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Menurut George Lewith, ginkgo boleh memperbaiki sirkulasi darah ke otak dengan membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen. 


12. Minyak Ikan
Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yang merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan. 


13. Rosemary Dan Sage
Minyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental. 


14. Vitamin B
Vitamin B berfungsi mengirimkan oksigen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan. Niacin atau B3 sangat baik untuk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yang diperlukan untuk daya ingatan.
  


15. Kacang Soya
Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori.

Saturday, 30 July 2011

KHASIAT BUAH DAN SAYUR MENGIKUT WARNA




Tahukah anda bahawa semakin pekat warna sayur atau buah,semakin tinggi kandungan nutrisi yang terdapat di dalamnya?

Ingin tahu warna-warna yang baik untuk kesihatan anda? Berikut adalah beberapa warna sayur-sayuran dan buah-buahan beserta khasiatnya:

1. Merah

- warna ini menandakan makanan tersebut mengandungi likopen, iaitu zat yang berperanan untuk memelihara kesihatan sel serta mampu mengurangkan risiko kanser.
- Pelbagai vitamin seperti vitamin A dan C yang dapat mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga gusi dan meningkatkan imunisasi tubuh
- Contoh: Tomato, tembikai dll.

2. Jingga

- Menandakan buah dan sayur mengandungi alfa dan beta karoten.
- Jika diambil secukupnya mampu mengelakkan pertumbuhan sel kanser.
- Contoh: Lobak merah, mangga dll.

3. Kuning

- Mengandungi vitamin c yang baik untuk melindungi sel tubuh.
- Mengandungi beta cryptoxanthin dimana ia dapat mengimbangkan tekanan darah.
- Mengandungi enzim yang melancarkan proses pencernaan.
- Contoh : Betik.

4. Hijau

- Warna hijau menandakan kandungan Sulforaphane, isothiocyanate dan indoles yang meransang hati untuk meghurai unsur kimia penyebab kanser.
- Kandungan asid folik mampu membentuk sel baru dalam tubuh yang mampu melawan kanser terutamanya kanser payudara dan meningkatkan sistem imunisasi.
- Brokoli yang kaya dengan chromium mampu mengatur insulin dan gula dalam darah serta mampu mencegah penyakit jantung dan osteoporosis
- Contoh : Brokoli, Kubis,sawi dll.

5. Putih kehijauan

- Mengandungi flavonoid yang dapat melindungi sel membran.
- Kandungan Alicin dan selenium dalam bawang dapat membunuh parasit, bakteria dan virus.
- Pengambilan bawang putih secara teratur dapat menghalang arteri daripada tersumbat, meningkatkan sistem immunisasi tubuh serta mengawal tekanan darah.
- Mengurangkan kadar kolestrol serta mengandungi zat anti kanser.
- Membantu menyembuhkan radang otak, sakit pada sendi serta berupaya menambah tenaga.
- Contoh : bawang putih, bawang bombai, seleri dan buah pir.


Sunday, 17 July 2011

happier life: BUAH AJAIB - merealisasikan impian anda

happier life: BUAH AJAIB - merealisasikan impian anda