Friday, 19 August 2011

PUNCA PAYUDARA TIDAK SIHAT






1. Berat badan yang turun naik secara mendadak
Berat badan naik adalah faktor terjadinya peregangan berlebihan pada kulit. Jika berat badan naik dan tiba-tiba menurun akan membuat kulit menjadi lembek dan menggeliat. Ini secara tidak langsung boleh membuat payudara tidak sihat dan kehilangan bentuk idealnya.

2. Poster badan
Wanita harus mengambil berat dalam cara duduk kerana kebiasaan cara duduk yang salah boleh menyebabkan payudara melorot. Oleh sebab itu, duduklah dengan postur yang betul kerana tidak hanya baik untuk tulang belakang, tetapi juga untuk kesihatan payudara.

3. Ukuran coli yang salah
Ketika memilih coli perkara yang paling penting adalah saiznya. Ukuran coli yang tidak tepat boleh membuat payudara tidak sihat. Coli yang terlalu ketat akan mengganggu perjalanan darah yang boleh menyebabkan terjadinya kanser payudara. Sedangkan coli yang longgar boleh mengakibatkan peregangan kulit, terutama bagi wanita yang memiliki payudara besar. Jadi pilihlah ukuran saiz yang tepat.

4. Mandi berendam di dalam air panas
Perlu diketahui bahawa air panas menyebabkan kulit kering dan hilang keanjalan kulit. Maka sebaiknya hindarilah berendam air panas dalam jangka waktu yang lama.

5. Sinar ultraviolet
 Selain terbakar, berjemur juga boleh menyebabkan payudara kehilangan keanjalan kulit dan meningkatkan risiko terjadinya kanser payudara

No comments:

Post a Comment