Showing posts with label Sex. Show all posts
Showing posts with label Sex. Show all posts

Friday, 16 November 2012

Anggota Polis Rogol Tahanan Indonesia


Seorang wanita Indonesia berusia 25 tahun mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir oleh tiga anggota polis di sebuah balai di Bukit Mertajam selepas menahannya di kawasan perumahan.

 Tiga anggota polis yang didakwa digantung kerja sementara.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan sudah menahan ketiga-tiga anggota polis tersebut.

Setakat ini, kita sudah merekod 10 keterangan daripada saksi kejadian dan polis sedang menunggu laporan kimia dan laporan perubatan untuk mendakwa ketiga-tiga anggota itu di mahkamah. Sehingga kini, mereka ditahan kerja untuk siasatan dijalankan ke atas mereka.

Setakat hari ini, 95 peratus siasatan telah dilakukan. Kita akan tunggu pihak Timbalan Pendakwa Raya mengeluarkan perintah untuk mendakwa ketiga-tiga anggota ini, katanya pada media hari ini.
Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan menjalankan siasatan dengan telus walaupun melibatkan anggota polis.

Kita sudah menubuhkan satu pasukan khas untuk mempercepatkan siasatan dan siasatan dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan. Jika dilihat dari tempoh tangkapan dibuat, kita menahan ketiga-tiga anggota berkenaan sehari selepas laporan dibuat mangsa.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Kita mengharapkan agar tidak ada pihak yang membuat spekulasi yang boleh mengganggu hubungan diantara Malaysia dan Indonesia, katanya.

Wednesday, 5 October 2011

RISIKO MENGGUNAKAN JEANS KETAT



Selak-selak akhbar Berita Harian keluaran 5 Oktober 2011, terbaca pula satu artikel berkaitan dengan penggunaan jeans  potongan ketat, Jangan Jadi Mangsa Fesyen m/s 18. Memakai seluar ketat memang nampak ranggi, seksi dan bergaya. Mungkin ramai yang tidak sedar malah tidak tahu bahawa keghairahan memakai seluar ketat ini mengundang masalah kemandulan dan jangkitan faraj. Nak tahu tak risiko/bahaya menggunakan jeans potongan ketat? Berikut merupakan keburukan menggunakan jeans ketat:

  1. Mengurangkan penghasilan sperma (bagi lelaki).
Penggunaan jeans yang ketat akan meningkatkan suhu yang tinggi kepada pundi zakar. Suhu yang tinggi menghalang buah zakar aktif menghasilkan sperma. Kesannya, penghasilan sperma berkurangan.

  1. Menjejaskan kualiti sperma (bagi lelaki).

  1. Menjejaskan bahagian alat sulit bagi lelaki dan wanita.

  1. Meningkatkan risiko Meralgia paraethetica (MP).
MP ialah penyakit yang disebabkan oleh tekanan urat saraf berdekatan rusuk. Penggunaan jeans yang ketat mengakibatkan tekanan pada urat sarat tersebut.Tanda-tanda tekanan pada urat saraf 

  1. Menjejaskan imbangan kelembapan vagina (bagi wanita).
Menggunakan jeans yang ketat boleh mengakibatkan kekeringan atau terlebih lembap pada vagina. Kelembapan yang tidak seimbang pada vagina meningkatkan pembiakan kuman dan bakteria yang mengakibatkan kegatalan dan keradangan vulva.

  1. Pengeluaran cecair berlebihan dan bau busuk.. Yaikss

  1. Jika berterusan boleh mengakibatkan barah.

Kalau dah lama terlanjur menggunakan seluar yang ketat, jangan risau. Anda masih belum terlambat untuk mengubahkan. Mungkin anda boleh mencuba Alternatif mengurangkan masalah kesuburan

So pals, jangan jadi mangsa fesyen. Tepuk dada, tanya minda. Jangan tanya selera. Kalau da tanya selera, semua nak ditibainya. 

Kajian -Lelaki Kahwin Lewat, Anak Kurang Bijak.



Anda lelaki?
Ya - Bercadang untuk berkahwin muda? Atau lewat?
Tidak -  tapi mungkin mempunyai teman lelaki, adik lelaki atau abang?

Satu hasil kajian yang sangat mengejutkan telah disiarkan secara ONLINE oleh Jurnal Perubatan Genetik.
Jurnal tersebut menyiarkan bahawa kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik di Washington menunjukkan bahawa kelemahan intelektual anak-anak tidak hanya berpunca daripada DNA lelaki tetapi usia bapa juga memainkan peranan dalam menentukan tahap kebijaksanaan anak-anak.

Friday, 30 September 2011

Putuskan Hubungan Sebab Aksi Ghairah Dalam Video

One Nation Emcee
‎"Senakal atau sebebas saya pun, apabila tiba bab mencari isteri, saya mahu yang tahu adat sopan, tidak terlalu bebas dan menjaga tatasusila" tutur jojoe, salah satu daripada anggota kumpulan One Nation Emcee pada 25 September,2011 di akhbar Metro berhubunng dengan sikap dinginnya pada Mimi yang juga merupakan ahli kumpulan One Nation Emcee.


Hal ini berpunca apabila Mimi melakonkan aksi seks yang agak keterlaluan, menampakkan sebahagian besar bahagian belakang tubuhnya dan aksi ranjang yang sangat keterlaluan.


Kenapa nak tau hal orang lain? Diorang tu sedara awak ke? Dapat duit ke lau tau semua benda ni? Bukan nak menyibuk pasal hal orang lain, tapi,jadikan pengajaran k... :)