- Adakah anda selalu mengeluh ketika berada berseorangan?
- Adakah anda selalu menyesali kehidupan anda yang telah mengalami perubahan?
- Adakah anda ingin mengembalikan hubungan yang terputus pada masa lalu atau hidup masa silam anda?
Jika jawapan anda " YA " kepada mana-mana pertanyaan berikut, anda sedang terperangkap dalam bayangan masa silam. Keengganan anda melepaskan sesuatu pada masa lalu adalah perkara yang boleh diterima akal kerana masa lalu adalah sesuatu yang telah sebati dalam kehidupan manakala masa depan adalah sesuatu yang tidak diketahui dan sangat menakutkan
Sekarang adalah masa yang tepat untuk anda menyedari bahawa hidup dalam bayangan masa silam adalah satu perancangan yang gagal dalam menghampiri kejayaan dan kini tiba masanya untuk anda menikmati masa kini seterusnya memandang jauh kehadapan.
Berikut adalah 10 sebab kenapa anda perlu melepaskan masa silam anda:
1. Masa lalu tidak lagi digunakan dizaman moden.
Anda tidak lagi menggunakan kertas untuk mengirim surat setelah mempunyai telefon. Pada satu ketika, seseorang perlu berjalan jauh dan bersusah payah hanya untuk berbual dengan keluarga mahupun kawan yang tinggal berjauhan. Anda tidak perlu bersusah payah setelah memiliki telefon. Just make a phone call or send an e-mail. Mudahkan? Hubungan pada masa silam diumpamakan seperti kertas. Masih berguna namun anda masih boleh memilih banyak cara yang lebih mudah.
2. Masa silam adalah abstrak.
Perkara yang dapat anda lakukan hanyalah mengenangi masa silam. Kenapa anda tidak boleh melepaskan sesuatu daripada masa silam anda? Ini kerana anda beranggapan bahawa masa silam anda lebih sempurna berbanding pada masa kini. Contohnya, ketika kecil, anda tidak mempunyai tanggungjawap , tidak bekerja,dan menjalani hidup yang seperti anda inginkan. Kini, anda mungkin hanya mengingati kegembiraan ketika zaman kanak-kanak dan tidak lagi mengingati bagaimana anda ingin membesar dengan cepat ketika itu.
3. Luka lama berdarah kembali hanya jika diusik.
Jika anda mendapat sakit kepala kemarin, ia tidak sakit hari ini. Ianya hanya akan menggangu jika anda mengingati betapa sakitnya kepala anda kemarin. Kenapa perlu memfokuskan hidup anda pada kesakitan yang anda alami kemarin? Adalah lebih baik jika anda menikmati hidup pada masa kini yang anda tidak boleh nikmati kemarin kerana kesakitan yang anda alami. Mudahkan?
4. Hidup sentiasa bergerak; Masa silam adalah ketetapan.
Bayangkan hidup anda adalah maraton. Matlamat anda adalah untuk tidak terus berada di garisan permulaan tetapi berlari kehadapan. Jika semua orang telah memulakan larian dan anda masih lagi hanya berdiri, anda tidak akan pernah memenangi maraton tersebut. Mulakan larian anda kerana anda mungkin akan menemui pelbagai perkara yang menarik sepanjang larian tersebut.
5. Masa silam memusnahkan anda.
Masa silam adalah seperti mayat orang yang anda kasihi. Anda tidak ingin melepaskan orang yang anda kasihi pergi, tetapi anda tidak boleh menyimpan mayat tersebut di dalam rumah anda kerana mayat tersebut akan berbau busuk dan akhirnya meracun anda dengan kuman-kuman daripada mayat tersebut. Oleh itu, anda perlu untuk menanam masa silam anda dan bersihkan dalaman rumah anda (minda) daripada bakteria mayat yang berbahaya.
6. "'Anda' masa dulu tidak ada kena mengena dengan 'anda' masa kini."
Apapun yang berlaku kepada 'anda yang dahulu', tidak akan sama jika ia berlaku kepada 'anda masa kini'
Ingatkah dahulu anda pernah menangis ketika mainan anda rosak ketika anda masih kecil? Anda tidak akan menangis untuk itu sekarangkan? Kerana anda tidak lagi bermain dengan permainan. Sama juga dengan perhubungan masa silam anda. Sesuatu yang menggembirakan anda setahun lalu mungkin kini tidak cukup untuk membuatkan anda gembira kerana anda kini orang yang telah jauh berbeza dari yang dahulu dan anda telah menetapkan matlamat baru untuk menjalani masa depan anda.
7. Masa silam adalah sesuatu yang baik dan membina, bukan untuk memusnahkan.
Cuba ambil ikhtiar daripadanya: Apa pengajaran yang anda perolehi? Bagaimana ia mengubah anda? Jika anda berhadapan dengan situasi yang sama dimasa hadapan, bagaimana anda bertindak? Perkara yang paling penting ialah untuk menyedari bahawa masa silam anda menentukan siapa anda sekarang - tabah dan lebih matang - dan bersyukurlah kerana anda kini lebih matang dan dewasa.
8. Masa lalu adalah defektif, tidak boleh diubah dan tidak boleh dibangunkan.
Anda tidak boleh bergantung dengan sesuatu yang defektifkan? Anda mempunyai kelebihan kerana anda boleh berubah. Jadi, anda perlu berubah.
9. Jangan kehilangan hidup anda kini kerana anda tidak boleh menyambung yang lama.
Ketika terkenangkan masa silam, anda tidak merancang masa depan anda dan tidak menikmati masa kini. Ia sangat tidak berbaloi. Tidak kiralah betapa menakjubkan masa silam anda, anda adalah penentu masa depan anda dan bergantung kepada anda untuk membinanya. Ia sangat mengujakan untuk mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Oleh itu, jangan bazirkan masa anda dengan berfikir " apa yang akan terjadi jika…"
10. Masa silam dalam minda anda umpama burung dalam sangkar.
Ia bukanlah satu perkara yang semulajadi. Anda mungkin gembira dengannya untuk seketika, tetapi tetap akan ada masanya untuk anda membebaskannya. Semakin cepat anda membebaskan burung tersebut, semakin cepat anda mendengar kicauan riangnya dan anda akan berasa lebih lega dan mudah
Semoga esok jauh lebih baik Dari semalam
Semoga hari ini adalah jauh lebih baik dari semalam.
:-) yup masa silam...biarkan saja berlalu, yg penting masa sekarang dan masa akan dtg yg akan kita lalui
ReplyDelete