Showing posts with label Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Pelajar. Show all posts

Monday, 12 September 2011

Mari Gelak Bersama - Kenali 'Bunyi'Buaya darat


Buaya darat

Satu hari dalam kelas Darjah 1, SKPR.

Cikgu : Baik anak-anak murid…. pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Azwan, macam mana bunyi ayam berkokok?
Azwan : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu : Bagus Azwan… Razlan, buat bunyi kucing pula..
Razlan : Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya…. Haekal, buaya bagaimana pula bunyinya...?
Haekal : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer…? Abang temankan ya…
Cikgu : Bunyi buaya apa tu???
Haekal : Buaya darat cikgu!

Saturday, 10 September 2011


Ramai yang mempersoalkan adakah belajar di dalam negara adalah lebih baik berbanding belajar di luar negara?

Adakah belajar di dalam negara adalah lebih baik berbanding belajar di luar negara?

Berdasarkan servay yang telah dibuat, berikut merupakan hasil statistik daripada pandangan rakyat Malaysia 

Bergantung pada kursus
59
49%
Bergantung pada negara
25
20%
Setuju
23
19%
Tidak Setuju
13
10%

Tuesday, 16 August 2011

MEMILIH TEMPAT YANG SESUAI UNTUK BELAJAR


      Berikut merupakan faktor-faktor yang dapat menjadikan sesi pembelajaran anda menarik:
    1. Tenang dan damai
    2. - Elakkan belajar di tempat-tempat yang tidak sesuai seperti perhentian bas, tandas, kedai makan dan lain-lain.
    3. Jauh dari bunyi bising
    4. Sumber cahaya yang mencukupi
    5. Cukup bekalan cahaya lampu. Lampu cahaya putih dapat mengelakkan anda daripada sakit kepala dan mata berair
    6. Suhu yang sesuai
    7. Suhu yang terlalu panas meyebabkan konsentrasi anda tergganggu manakala suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan anda mengantuk.
    8. Susun atur bilik ataupun persekitaran yang menarik
    9. Bekalan udara yang mencukupi
    10. Hal ini sangat penting kerana kekurangan bekalan udara mengakibatkan anda mengantuk.

Monday, 15 August 2011

SIKAP PELAJAR CEMERLANG


  1. Mempunyai matlamat dan cita-cita yang tinggi
  1. Kekuatan yang mendorong usaha lebih tinggi
  1. Pengurusan yang baik
  1. Budaya mencintai ilmu
  1. Membaca bahan-bahan yang berkualiti
  1. Membuat latihan dan kerja rumah
  1. Bertanya
  1. Menghargai masa 
  1. Membuat aktiviti harian mengikut jadual
  1. Tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah
  1. Tidak menangguh-nangguh
  1. Budaya mahu dan suka bersaing
  1. Tidak memandang rendah terhadap kemampuan diri sendiri
  1. Berani bersaing
  1. Cekap, cekal, dan mempunyai daya juang yang tinggi