1. Gunakan pasu yang diperbuat daripada tanah liat atau bekas yang mempunyai lubang agar memudahkan pengaliran udara di bahagian akar orkid.
2. Jangan potong akar yang terkeluar dari pasu. Sebaiknya tukar ke pasu yang lebih besar agar akar terlindung.
3. Penyiraman terbaik adalah pada waktu pagi atau petang. JANGAN siram pada waktuTENGAHARI kerana boleh menyebabkan daun melecur.
4. Pembajaan adalah baik untuk orkid. Namun, penggunaan baja kepekatan tinggi sangat merugikan anda kerana orkid hanya menyerap nutrien yang diperlukan. Sebaiknya, baja orkid anda setiap minggu dengan kadar kepekatan baja yang rendah.
Ps: kepada penggemar orkid,hopely tip ini dapat membantu anda mendapatkan bunga orkid yang cantik, subur dan berkualiti. ;)
No comments:
Post a Comment